Topik ini kurang ditutorialkan oleh blogger yang lain. kali ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengajar anda cara-cara hendak membuka akaun RHB Bank.
membuka akaun rhb mudah sahaja. tiada yang merumitkan kepada yang yang baru hendak membuka akaun di RHB.
apa yang perlu anda ada adalah Duit, dan Kad Pengenalan.
berapa bajet atau kos untuk membuka akaun RHB Bank?
sebab semasa pekerja Bank itu sedang berurusan dengan kita, dia akan tanya berapa banyak wang anda hendak simpan di dalam akaun tersebut.
saya mula dengan RM100.00. terpulang kepada setiap individu. mengikut kemampuan anda.
jika anda ingin memiliki akaun secara online di laman web RHB, anda perlulah beritahu pihak bank bahawa hendak membuka akaun RHB Debit Card. jadi, segala urusan akan mudah dilakukan menggunakan internet sahaja.
sebaik sahaja anda selesai mendaftar akaun baru anda, beritahu mereka bahawa anda ingin mendaftar no HP anda untuk daftar online.
mendaftar no HP ini perlulah di kaunter dan tidak sama seperti CIMB Bank iaitu mendaftar di Mesin ATM sahaja.
mereka akan memberikan anda sehelai kertas untuk diisi berkenaan maklumat anda.
selepas itu, anda sudah selesai dan memiliki akaun RHB bank yang baru.
anda sudah boleh mula untuk menggunakan secara online pada jam yang berikutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KOMEN DISINI JIKA ANDA ADA PERTANYAAN.
PASTIKAN KOMEN ANDA TIDAK MELAMPAU.
IP ANDA AKAN DIBLOCK JIKA TIDAK MENGIKUT PERATURAN YANG DITETAPKAN.
SEKIAN.