Semenjak wujudnya
kedai-kedai secara online, pembayaran secara online adalah cara yang
paling mudah dan terpantas kepada pembeli-pembeli suka membeli-belah
di internet. Tetapi, tidak ramai yang mendaftar akaun secara online
yang disediakan bank kepada mereka. Terdapat banyak Bank yang
menyediakan transaksi secara online kepada kita lebih-lebih lagi
rakyat di Malaysia. Bank yang menyediakan akaun untuk pengguna
internet ialah Maybank, Cimb Bank, Public Bank, Rhb Bank dan pelbagai
lagi mempunyai fungsi akaun secara online. Dengan adanya altenatif
ini, anda tidak perlu bergerak untuk Ke Pusat Bank yang agak jauh
dari tempat tinggal anda, kerana segala urusan membeli-belah boleh
dilakukan di rumah anda melalui internet. Kali ini, saya akan
berkongsi tutorial dengan anda dan yang berminat untuk
mendaftar akaun yang masih belum ada mendaftar akaun online. saya ingin berkongsi tutorial tentang cara mendaftar akaun untukBank
yang saya ketahui CIMB Bank.
CIMB BANK
Disini saya akan tekankan
cara membuka akaun untuk cimb bank dan langkah-langkah untuk
mendaftar Mastercard Debit anda di cimblicks.com.my.
sebelum anda memohon
untuk mendaftar online banking, anda mestilah mempunyai Akaun Bank
CIMB terlebih dahulu kerana tidak ada akaun cimb bank anda tidak akan
dapat mendaftar untuk online banking.
Sila buka akaun baru cimb
bank anda di mana-mana cawangan yang berdekatan dengan anda. Untuk
membuka akaun bank cimb yang baru, anda perlu sediakn RM50 sahaja
untuk membuka akaun baru.
Murah bukan? Tetapi
pastikan anda memberitahu kepada pihak bank bahawa anda ingin membuka
akaun Debit Mastercard.
Jika anda tidak
memberitahu kepada mereka akaun apa yang ingin dibuka, anda akan
diberi akaun untuk kad ATM. Kad ATM tidak dapat digunakan untuk
mendaftar online banking.
Peberzaan diantara kad
Atm dan Mastercard Debit ialah logo yang terdapat pada kad cimb bank
anda.
Kad Atm:
kad Mastercard Debit:
penggunaan kad debit ini adalah sama sahaja dengan kad atm biasa iaitu anda masih boleh mengeluarkan wang anda di mesin ATM di pusat bank Cimb. Wang anda juga tidak ditolak oleh pihak bank setiap tahun dan juga tiada caj tambahan. Cuma perbezaan kad debit ini dengan kad ATM ialah kad debit mempunyai kelebihan untuk transaksi secara online.
Bersambung kembali untuk
langkah-langkah yang seterusnya, sebaik sahaja anda sudah mempunyai
mastercard Debit sila ikut arahan yang disuruh pekerja cimb bank
iaitu menukar Pin anda di mesin ATM ke Pin milik anda. Jangan
dedahkan pin anda kepada sesiapa kerana ia password anda untuk
mengambil wang dan mengeluarkan di mesin ATM.
Sebelum anda mengeluarkan
kad anda dari mesin ATM sebaik sahaja anda menukar Pin Code anda,
anda perlu mendapatkan No Pin untuk Cimblick.com.my di mesin ATM
menggunakan Kad Debit anda.
Dalam bahasa inggeris,
sila klik pada > OTHER > CIMBCLICKS > CIMB CLICKS E-PIN . Di
dalam bahasa malaysia pula sila klik > LAIN-LAIN >
CIMBCLICKS > CIMB CLICKS E-PIN (Sila ikut turutan untuk klik) dan
masukkan 6 digit E-PIN yang baru mengikut pilihan anda (pastikan
tidak sama dengan Pin Kad Debit anda). Masukkan untuk kedua kali
seperti yang disuruh untuk kepastian.
Amaran, anda perlu ingat
nombor pin yang anda telah taip untuk E-PIN tersebut. Setelah anda
selesai memberikan no E-PIN untuk cimbclicks, pada skrin yang
seterusnya anda akan diminta untuk memberikan nombor telefon bimbit
anda.
Tujuan nombor telefon ini perlu diisi adalah untuk mendapatkan no TAC iaitu sebagai keselamatan membuat transaksi ataupun membuat pembayaran secara online di akaun CIMBCLICKS anda nanti.
Tujuan nombor telefon ini perlu diisi adalah untuk mendapatkan no TAC iaitu sebagai keselamatan membuat transaksi ataupun membuat pembayaran secara online di akaun CIMBCLICKS anda nanti.
Keluarkan kad ATM anda
seperti biasa dan selesai.
Cara Mendaftar Akaun
Cimbclicks Untuk Debit Mastercard
Sekarang anda telah
selesai untuk langkah yang seterusnya iaitu mendaftar akaun di
cimbclicks.com.my. Di depan laptop atau komputer anda. Jadi sila ke
Laman web Rasmi Cimb bank iaitu cimbclicks.com.my
Seterusnya anda akan
dipaparkan dengan laman web seperti gambar 1:
sebaik sahaja laman web
sudah muncul, anda sebagai pengguna baru cimbclick sila klik pada
Sign Up Here! Seperti yang ditunjukkan pada gambar 2:
selepas anda klik, anda
dibawa ke bahagian First Time Login dan gambar akan kelihatan
seperti gambar 3. Sila ikut arahan yang disediakan pada gambar
3 tersebut.
1. Isikan pada bahagian Bank Card/ Credit No dengan no Kad Debit anda yang tertera pada Debit Mastercard anda.
2. bahagian E-Pin ialah no E-Pin yang anda telah buat di mesin ATM tadi.
3. Cimb click ID pula ialah nickname yang anda mudah diingati. Cimb Click ID ini akan digunakan untuk ada Log In akaun anda. (pastikan anda ingat)
4. Cimb Click Password ialah password yang akan anda gunakan untuk log in ke akaun cimbclick anda sahaja. pastikan tidak sama dengan no password di mesin atm.
5. Seterusnya letak email anda yang ada sekarang. Pastikan anda email yang sah. ini adalah untuk tujuan pengesahan akaun online nanti.
6. Secure Word pula anda boleh letakkan sesuka hati asalkan anda ingat. contohnya, Pisang.
Pada gambar 4,
sila abaikan bahagian ini. Bahagian ini anda tidak perlu isi:
pada gambar 5,
sila click Accept dan Submit. Jika anda tidak dapat
click submit, sila pastikan maklumat yang anda isi terlebih dahulu
tadi adalah betul.
saya tidak pasti samada selepas klik submit ini, adakah anda akan disuruh untuk memeriksa email. kalau ia, sila ikut panduan dibawah.
Sebaik sahaja anda sudah
click submit, anda akan diminta untuk memeriksa email yang
anda gunakan tadi untuk mendaftar di CIMBCLICKS.
Sila periksa email
anda untuk mengesahkan akaun cimbclicks anda. Click
seperti yang disuruh pada email yang diberikan kepada anda oleh pihak
bank.
Sekarang anda secara rasminya telah memiliki akaun cimbclicks!!!
Tahniah!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KOMEN DISINI JIKA ANDA ADA PERTANYAAN.
PASTIKAN KOMEN ANDA TIDAK MELAMPAU.
IP ANDA AKAN DIBLOCK JIKA TIDAK MENGIKUT PERATURAN YANG DITETAPKAN.
SEKIAN.