tidak dinafikan kita tidak boleh lari dari perkara ini. perkara seperti ini sentiasa berlaku di Facebook. Facebook dijadikan sebagai bahan untuk menghina, mencaci, memburukkan nama orang lain dan pelbagai lagi penyalahgunaan Facebook. Perkara seperti ini boleh merebak sehingga dilihat oleh pengguna Facebook yang lain kerana Facebook merupakan senjata yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu pesanan. itulah facebook yang seakan-akan virus yang cepat merebak dan membiak kepada pengguna yang lain.
sudah semestinya kita tidak akan membiarkan begitu sahaja perkara ini berlaku. yang pasti kita juga ada hak untuk bersuara di Facebook kerana Mark dan rakan-rakannya ada menyediakan Tools untuk menyampaikan pesanan penyalahgunaan Facebook ini.
kita boleh kaitkan pelbagai penyalahgunaan facebook selain dari menghina, sebagai contoh pornografi, ugutan, membuli dan spam juga boleh anggap sebagai penyalahgunaan Facebook.
tetapi anda kena ingat kerana anda juga tidak dibenarkan dengan sesuka hati membuat laporan penyalahgunaan facebook kepada kakitangan facebook kerana Facebook ada Piawaian Komuniti Facebook dalam bahasa omputihnya Facebook Community Standards. anda boleh lawati piawaian ini di : FacebookCommunityStandards . jika ada masalah dalam berbahasa inggeris, anda pergi ke bawah sekali page facebook dan klik pada
English (US) dan cari asia pacific, anda akan jumpa bahasa melayu.
Membuat laporan tentang orang yang mengaku diri sebagai kita di dalam Facebook
perkara ini sering terjadi lebih-lebih kepada perempuan yang ada rupa, pastinya orang lain akan membuat akaun baru kononnya milik si perempuan cantik itu. ada juga yang membuat akaun facebook yang baru dengan menggunakan nama kita dan memburukkan nama baik kita dengan menggunakan Facebook palsu yang mereka telah cipta. jadi, sebagai pengguna facebook yang bijak, kita boleh melaporkan penyalahgunaan ini.- pergi ke profile facebook suspek (timeline)
- Klik pada dan seterusnya Klik Report/Block
- Check di ruang kotak pada Report this profile (timeline)
- Klik This person is pretending to be someone
- Pilih Me dari menu bawah.
- Klik Continue
- Tulis beberapa maklumat mengapa anda ingin melaporkan ini (timeline)
- Check ruang kotak pada I confirm that this report is correct
- Klik Continue untuk menghantar laporan.
Jikalau ada yang mengaku akaun facebook itu sebagai anda tetapi anda tidak mempunyai akaun facebook, anda boleh gunakan link ini untuk membuat laporan : file a report here.
Membuat Laporan Tentang Gambar Dan Video
mungkin gambar anda telah diambil dan digunakan di facebook mereka ataupun mereka menyalahgunakan gambar anda dan video peribadi anda kemungkinan tersiar di facebook. anda boleh melaporkan perkara ini dengan mudah.
- Klik pada gambar yang anda ingin laporkan
- Klik gear menu
- Pilih Report This Photo atau Report This Video
Membuat Laporan Tentang Page Yang Disalahgunakan.
adakah Page yang dicipta dalam bentuk penghinaan agama, bangsa, diri anda atau penyalahgunaan yang lain? kita boleh membuat laporan seperti jika terdapat page yang dicipta untuk melakukan sesuatu yang jahat dan menyinggung perasaan orang lain.
- Pergi Laman Page yang ingin laporkan
- Klik pada pergi ke bawah menu.
- Pilih Report Page
Membuat Laporan Tentang Mesej
Jika anda menerima mesej dari seseorang ke facebook anda untuk menghina atau memburuk-burukkan nama anda atau mengugut anda:
- Bukalah mesej yang anda ingin laporkan
- Klik pada Actions di sebelah kanan atas mesej.
- Klik Report as Spam jika mesej berbentuk spam, atau Report Conversation jika mesej dalam bentuk ugutan, membuat anda kurang selesa atau dari seorang yang akaun tersebut adalah hackers.
Jadi, sebagai pengguna facebook yang bijak kita mesti mengambil langkah yang cepat untuk mengelakkan perkara ini tersebar kepada orang lain. apabila tersebar, tiada peluang untuk membuat laporan kepada facebook melainkan anda membawa kawan-kawan anda untuk membuat laporan secara beramai-ramai.