kali ini saya akan tunjukkan cara bagaimana hendak melihat CCTV di seluruh dunia menggunakan Google Maps sahaja. cara penggunaan google maps adalah mudah, anda hanya perlu buka google, dan taipkan Google Maps dan anda akan diberikan link ke Google Maps dan klik pada link tersebut. anda boleh klik di sini untuk teruskan ke google maps: Google Maps
anda akan dapat melihat seperti diatas sebaik sahaja anda klik pada Google Maps. seterusnya, kita mesti tukar setting peta ini ke satelit, jadi lebih mudah anda melihat kawasan anda kerana satelit adalah lebih real. anda dapat melihat dengan lebih jelas lagi kawasan pokok-pokok dan bandar-bandar.
anda ikut langkah-langkah pada gambar diatas. setting ini ada pada sebelah kanan anda. Klik pada satellite dan anda anda akan dapat melihat hasilnya seperti ini.
Selepas anda telah berjaya melihat paparan pada gambar diatas, anda hanya perlu klik pada bahagian "webcam" untuk melihat webcam di seluruh dunia melalui Google Maps ini.
selepas anda klik, hasilnya seperti ini:
anda boleh lihat pada pentunjuk yang berwarna Kuning merupakan CCTV yang dipasang di seluruh dunia. CCTV ini adalah berdaftar di sebuah laman web dan no IP telah diambil oleh Google untuk diletakkan pada google maps ini. jika hendak besarkan peta dan dekatkan lagi, gunakan mouse scroll anda ataupun gunakan teknik turun naik pada bulatan warna pink.
anda hanya klik pada gambar tersebut seperti yang ditunjukkan pada pertunjuk warna merah.
webcam ini tidak bergerak, tetapi akan refresh dengan sendiri setiap beberapa minit. tidak pasti berapa lama untuk refresh.
contoh-contoh webcam yang saya perolehi dari hasil penggunaan Google Maps ini:
Gambar 1:

Gambar 2:

Gambar 3:

Gambar 4:

Gambar 5:

jadi saya harap anda mendapat ilmu dari saya bagaimana cara melihat negara yang lain tanpa melancong menggunakan Google Maps ini. gunakan ilmu ini dengan sebaik yang mungkin.
kalau anda hendak meletakkan entry ini, pasti sertakan dengan sekali nama penulis untuk mengelakkan anda dianggap sebagai suspek copy paste, kerana saya dapat trace siapa yang copy maklumat dari sini. =D
Jika anda ingin membaca maklumat lain tentang Google Maps, anda boleh membaca di sini :