Yokizon

Dunia Internet Tanpa Sempadan Dari Tutorial, Berita, Review, Gadget, Tips & Pelbagai lagi

Breaking

Advertisement

Cara Menghilangkan/Mengurangkan Selsema

Selsema adalah merupakan musuh utama masa bekerja dan semasa tidurlah yang paling menyeksakan apabila berhadapan dengan situasi selsema ini. tambahan pula berhingus yang menyukarkan penafasan apabila kedua-dua hidung pula yang tersumbat disebabkan penyakit selsema ini. 


Semasa hendak tidur merupakan waktu yang paling sukar untuk tidur dengan nyenyak kerana setiap kali pusing badan ke sebelah kiri, hingus sumbat di sebelah kiri. tukar lagi ke sebelah kanan, lubang hidung sebelah kanan pula menjadi mangsa hingus. kalau hidung di tengah-tengah pula, dua lubang hidung tersumbat. 


Jadi sebagai pemberi maklumat yang manfaat kepada pembaca blog ini yang menghidapi masalah selsema sehingga hidung tersumbat, saya akan berkongsi dengan anda tips-tips iaitu cara hilangkan masalah selsema anda. ada banyak petua untuk hilangkan selsema ini agar hidung tidak tersumbat.


1. minumlah air kosong yang banyak jika anda tidak mahu selsema anda melarat dengan lebih lama. jangan minum air suam dan jangan minum air sejuk. jika boleh panas sedikit lebih berkesan.

2. cara ini anda hanya perlu cari gelas dan letakkan air panas di dalam gelas tersebut. lagi panas lagi bagus, seterusnya anda dekatkan dengan hidung anda gelas yang berisi air panas tersebut. tujuan gelas didekatkan dengan gelas berisi air panas adalah, anda hanya sedut stim air panas ke hidung anda. jangan pula letak air panas ke dalam hidung. cuma sedup stim menggunakan hidung anda.


3. jika anda tidak lewat balik dari kerja dalam keadaan selsema, adalah amat digalakkan untuk mandi petang dalam pukul 5 atau 6 petang dan elakkan mandi pada waktu malam. Mandi air yang sedikit panas untuk memberikan keselesaan seluruh badan.


4. berehatlah secukupnya dan kurangkan aktiviti yang terlalu berat.


5. banyakkan makan makanan yang ada vitamin C contohnya buah-buahan dan sayur-sayuran. jika tidak pandai makan sayur, makanlah buah-buahan pilihan anda. jika jenis yang tidak suka makan buah dan sayur, cuba pergi ke farmasi untuk mendapatkan Vitamin C dalam bentuk Pill. rasa pill tersebut tidak sepahit ubat yang lain. vitamin C tersebut rasanya seakan-akan gula-gula.


Mencegah lebih baik daripada mengubati. Jadi, basuhlah tangan setiap kali keluar masuk tandas, keluar masuk ke bandar, turun kerja atau selesai melakukan kerja. 


saya harap info diatas dapat mengurangkan/menghilangkan selsema anda agar lebih cergas dan sihat pada masa akan datang.


The End.
Adbox