pada masa sekarang, semakin ramai rakyat Malaysia menjana wang dari pelbagai sumber seperti adsense, affiliate, perkhidmatan membuat laman web, servis membuat logo, banner dan pelbagai lagi cara menghasilkan wang hanya melalui internet.
tetapi, saya akan bercerita tentang menjana wang menggunakan program affiliate. Jika anda tidak tahu apakah itu Affiliate anda boleh baca post saya sebelum ini : Apakah Affiliate Program.
mungkin ramai yang tidak percaya bahawa program affiliate juga mampu menghasilkan wang jika anda berusaha bersungguh-sungguh. setiap perkara perlu usaha. jika anda selalu terlihat iklan yang menjual ebook mengatakan kononnya cuma ambil masa beberapa minggu sahaja anda boleh menghasilkan wang, itu adalah daya tarikan untuk membeli ebook mereka. membuat duit secara online ini mengambil masa yang sedikit lama, jadi usaha untuk rajin mestilah ada. apa yang penting "Stay Focused If Want To Succeed"
Jadi saya akan beritahu anda tentang beberapa program affiliate yang anda boleh sertai untuk mula menjana wang melalui program ini. pernahkah anda mendengar JomNiaga?? mungkin ramai yang tidak tahu apakah laman web JomNiaga ini.
JomNiaga ialah sebuah laman web yang mengumpulkan semua penjual ebook yang ingin mencari ahli affiliate untuk mempromosikan ebook mereka kepada orang lain. jadi anda sebagai orang tengah diantara pelanggan dan penjual ebook tersebut akan menarik minat pelanggan, dan jika pelanggan membeli bermakna anda juga mendapat komisyen dari penjual ebook tersebut.
ada terdapat pelbagai kategori ebook yang ada di JomNiaga. anda boleh memilih ebook mana yang sesuai dengan minat anda, jadi mudah jugalah anda mempromosikan ebook tersebut kepada pelawat anda samada di blog, facebook anda, atau mana-mana forum.
pemilik laman web JomNiaga ini ialah Gobala Krishnan. beliau yang menguruskan laman web JomNiaga ini untuk memberi peluang kepada penulis ebook dan kepada yang ingin menjana wang dengan program Affiliate ini. jadi, jika anda berminat anda boleh pergi ke laman web JomNiaga.