Anda pernah dengar tentang Lazada? tidak mungkin anda tidak pernah dengar dan melihat perkataan ini kerana ia bergitu gah sekali di iklan Google dan malahan facebook juga turut turut digunakan mereka untuk mempromosikan produk yang berkaitan dengan peralatan elektronik.
tetapi adakah mereka boleh dipercayai? adakah lazada Scam? adakah mereka menghantar barang yang dibeli oleh kita dari mereka?
mengikut kajian saya, mereka mengaku diri mereka sebagai company yang paling terbaik di Malaysia. saya tidak pasti akan kebenaran yang diterangkan.
memandangkan Harga yang agak baik, laman web yang begitu tersusun dan kemas memang agak mudah untuk menarik perhatian pengguna internet.
apa yang saya dapat tahu di sini ialah, ada yang mengatakan barang mereka tidak sampai ke pembeli. ada juga yang kata mereka ini adalah scam. ada juga yang kata barang mereka lambat sampai. ada pula barang sampai tetapi tidak mengcukupi. yang paling menakutkan barang tidak sampai hingga 2 minggu lebih seperti yang saya baca di blog orang lain.
banyak juga komplen yang saya dengar tentang Lazada. tetapi ada juga pula barang yang segelintir pembeli tempah dari mereka sampai dengan baik.
apa yang saya tahu tentang lazada ini, mereka agak lambat membalas email para pengguna, ada yang mengambil masa 2 hari atau 3 hari. kemungkinan mereka terlalu banyak pelanggan.
agak hairan juga jikalau mereka lambat hantar padahal duduk satu Malaysia. Company besar pula. tidak mungkin juga stok tidak mengcukupi memandangkan mereka memiliki syarikat yang besar.
agak sukar untuk membuat keputusan samada mahu membeli dari mereka ataupun tidak. memandangkan terlalu banyak complain dari pelanggan dan ada juga yang memuji mereka.
jika mereka ini adalah sebuah syarikat yang besar dan berdaftar, seelok-eloknya tukarlah cara perkhidmatan dengan lebih baik lagi iaitu membalas masalah complain dari pembeli, membalas email dari pembeli dan bertindak pantas untuk tidak mengecewakan pembeli.
berikut adalah komplen-komplen yang diterima oleh mereka di Facbook Lazada:
gambar diatas menunjukkan bahawa barang si pembeli belum sampai-sampai dari 4 june sehingga 11 june.
gambar diatas menunjukkan bahawa si pembeli menunggu selama 2 minggu barang tidak sampai.
ini adalah diantara post yang dihantar oleh orang yang menerima barang dari lazada. ada respon dari mereka.
yang ini pula, tidak menentu bila barang sampai dengan tepat. order kali pertama, sampai tepat pada masanya. order kali kedua, barang pula salah terima. order kali ketiga, tepat pada masanya, yang ke 4 pula tidak sampai selepas 14 hari bekerja.
yang ini pula telah promote facebook page untuk boycott lazada Malaysia.
ini adalah diantara pujian yang agak masin sikit kepada Lazada. =D
terdapat banyak komplen dari para pengguna lazada. saya tidak pasti mana satu yang betul atau pun tidak. ini terpulang kepada individu.
apa yang penting buat kajian terlebih dahulu sebelum bertindak membeli dari Lazada atau mana-mana laman web.
jika anda ingin melihat respon dari pengguna, anda boleh layari facebook lazada di Facebook/Lazada
jika ada sebarang info tentang mereka, jangan segan-segan untuk berkongsi.
saya akan update review tentang mereka jika ada apa-apa kisah tentang lazada.