Yokizon

Dunia Internet Tanpa Sempadan Dari Tutorial, Berita, Review, Gadget, Tips & Pelbagai lagi

Breaking

Advertisement

Cara Menyembunyikan No IP Address Anda Di Browser



adakah anda ingin tidak kelihatan semasa anda menggunakan internet untuk mencari sesuatu? anda mesti tahu bahawa setiap kali anda masuk ke laman web orang lain, mereka dapat tahu No IP address anda dengan mudah jika anda tidak menyembunyikan / Hide No IP address anda.  Jadi anda pasti ingin tahu cara tukar atau gantikan no ip address anda ke ke no IP negara lain. cara ini adalah cara tukarkan atau sembunyikan no ip address anda tanpa menggunakan software.

anda juga perlu tahu bahawa no ip address kita mudah terdedah lebih-lebih lagi jika kita download dan upload sesuatu di laman web. jadi sebagai langkah untuk berjaga-jaga lebih awal. anda boleh menyembunyikan no ip address anda hanya menggunakan browser sahaja yang anda gunakan. 

tetapi anda perlu ingat, penggunaan teknik ini akan menyebabkan beberapa kesan biasa iaitu kemungkinan proxy yang anda gunakan menyebabkan internet tidak dapat mencari sumber yang anda ingin cari. anda janganlah berharap dengan satu proxy sahaja contohnya server dari japan. anda perlu mencuba proxy dari negara lain jika browser anda gagal mencari sumber.
jika browser anda gagal mencari maklumat menggunakan proxy server, anda akan melihat maklumat seperti ini:

anda tidak perlu takut jika browser anda kelihatan seperti diatas. ia tidak akan menukar setting internet anda buat selamanya. ini kemungkinan proxy server anda gunakan sistemnya down ataupun ada sebab tertentu.

Jadi, saya akan ajar anda cara menyembunyikan no ip address anda dengan menukar proxy setting pada browser yang anda gunakan.

Mozilla Firefox

jika anda menggunakan mozilla firefox, anda boleh pergi ke:

Tool > Option



seterusnya, pergi ke Advanced Tab, dan dibawahnya Network Tab.
pada bahagian Connection, klik padad butang Setting.


klik pada bahagian Manual Proxy Configuration dan klik seterunya pada petak Use this proxy server for all protocols.

taip bahagian No Proxy For dengan menaip localhost, 127.0.0.1 .

seterusnya, pada petak kosong bahagian HTTP Proxy, anda letakkan no server yang anda ingin gunakan dan berserta dengan Port. anda boleh dapatkan IP address dan Port di :


dan banyak lagi proxy server lain yang lain anda boleh dapatkan.diingatkan di sini bahawa pada bahagian port, standard untuk port selalunya 80, 3128 atau 8080. jadi, anda carilah no ip address yang bersamaan dengan port yang sesuai. pastikan anda juga memilih proxy server iaitu kelajuan (Speed) dan connection time yang agak baik. pastikan anda juga menggunakan proxy server jenis HTTPS. jika anda menggunakan jenis HTTP sahaja iaitu belakangnya tiada huruf "S", segala aktiviti internet anda berisiko. gunakanlah proxy server yang ada HTTPS.



Setelah anda selesai, anda klik pada butang OK untuk teruskan dan anda sudah selesai untuk menukar proxy server anda.

seterusnya mari kita uji keberkesanan proxy server yang anda gunakan di internet. jika anda dapat melayari internet seperti biasa tanpa sebarang masalah, bermakna proxy server yang anda gunakan adalah sedang aktif. jika ada masalah, sila tukar ke proxy server yang lain.

untuk mengetahui samada No IP Address anda sudah ditukar, sila periksa di:

Google dengan menulis "check my ip address"

ataupun anda boleh gunakan laman web ini :


Google Chrome

Seterusnya, saya akan ajar anda cara memyembunyikan atau tukarkan no ip address menggunakan Google Chrome.

Klik pada Tools pada task bar (icon yang berbentuk spanar), dan klik pada Setting. seterusnya klik pada  + Show advanced settings  tab untuk pergi ke advanced setting yang ada di bawah browser anda.

Seterusnya cari perkataan Network dan dibawahnya klik pada butang Change Proxy Settings...

selepas itu, anda klik pada Tab Connection dan Klik Butang LAN Settings.

Klik pada Use a proxy server for your LAN dan masukkan no IP address proxy server yang anda ingin gunakan pada Address ,dan klik OK sekali lagi dan sudah selesai.


periksa seperti biasa di whatismyipaddress jika ada sebarang perubahan.

jika ada apa-apa masalah sila gunakan bahagian komen di bawah untuk bertanya.

macam biasa, like untuk sedekahkan kepada saya. =D

Adbox