jika anda masih baru dalam dunia blogging, anda perlu tahu cara, tips atau tutorial bagaimana cara untuk memastikan blog anda diindeks oleh google. dulu, saya juga noobs dalam dunia internet ini. disebabkan keinginan mahu belajar, saya telah menguasai teknik-teknik tertentu tetapi secara tidak keseluruhan. cara untuk mengindeks blog ini oleh google adalah untuk memperbaiki SEO blog anda.
kenapa blog anda perlu diindeks oleh google?
blog anda perlu diindeks untuk memastikan bahawa blog anda benar-benar ada di dalam pencarian menggunakan google. jadi, apabila anda membuat sesuatu post yang baru di blog anda, sudah semestinya anda ingin memastikan google tahu bahawa anda ada mempunyai post yang baru untuk diindeks oleh google. Jika anda tidak indeks blog anda, persaingan dengan blog lain adalah besar jaraknya.berapa lamakah masa blog diindeks oleh google?
misalnya, anda baru membuat blog hari ini tetapi mahu blog anda ada di google result keesokan hari. adakah mustahil ini akan berlaku walaupun anda baru membuat blog dan akan berada di google result pada keesokannya? tidak mustahil bagi saya kerana anda boleh membuatkan blog anda ada di Google result pada hari esok. jadi, masa untuk memastikan blog anda diindeks oleh google adalah bergantung kepada tips dan trik yang anda gunakan untuk mengindeks blog anda. Dalam masa 24 jam blog anda akan diindeks oleh google. tetapi, ada juga yang mengambil masa beberapa minit malahan beberapa saat juga ada! Sudah pasti anda ingin mempercepatkan proses ini agar blog anda kelihatan di google Result.Hantar Blog anda ke beberapa laman web
Untuk memastikan blog anda diindeks oleh google, anda perlu hantar URL blog anda ke Google sendiri dan beberapa laman web yang lain seperti di bawah:Hantar Blog Anda Ke Google
Hantar Blog Anda Ke Bing
Seterusnya adalah laman web yang akan ping URL anda di kebanyakan directory laman web yang lain. blog anda akan di ping ke 10 lebih rss directory yang lain, jadi blog anda akan mudah diindeks oleh google.
tools.950buy.com/rss-submit
feedshark.brainbliss.com
www.icerocket.com
Hasilkan Sitemap Blog Anda
sitemap adalah amat penting jika anda blogger yang masih baru. dengan menggunakan sitemap ini anda secara automatik memberitahu google setiap kali ada post yang baru anda hasilkan. berikut adalah contoh sitemap yang anda boleh lihat.
untuk post yang tidak lebih daripada 500 keatas atau kurang daripada 500 post, anda boleh gunakan sitemap ini.
http://younginternetmaster.blogspot.com /atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
Jika blog anda sudah mempunyai post yang sebanyak 500 keatas, gunakan sitemap dibawah.
http://younginternetmaster.blogspot.com /atom.xml?redirect=false&start-index=501&max-results=1000
untuk post yang tidak lebih daripada 500 keatas atau kurang daripada 500 post, anda boleh gunakan sitemap ini.
http://younginternetmaster.blogspot.com /atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
Jika blog anda sudah mempunyai post yang sebanyak 500 keatas, gunakan sitemap dibawah.
http://younginternetmaster.blogspot.com /atom.xml?redirect=false&start-index=501&max-results=1000
seterusnya apa yang anda perlu buat ialah hantarkan sitemap anda ke Google Webmaster.
jika anda menggunakan blogger sebagai blog anda, anda hanya perlukan gunakan akaun yang sudah wujud untuk mendaftar Google Webmaster ini.
selesai sahaja anda melakukan semua tips diatas, anda pergi ke Google seperti biasa.
selepas itu anda taipkan link blog anda berserta dengan perkataan ini di depan blog anda.
contoh :
site:younginternetmaster.blogspot.com/
pastikan tiada jarak diantara "site" dengan link blog anda.
selepas itu tekan Enter seperti biasa, dan anda akan dapat melihat kesemua link anda pada google page yang pertama.
dengan beberapa tips-tips ringkas diatas saya yakin blog anda akan mudah kelihatan di google result dan anda sudah mula bersaing untuk berada di tempat yang keatas.
ini adalah tips ringkas yang saya gunakan untuk memastikan saya boleh bersaing dengan blog lain agar berada di google page.
terdapat banyak lagi cara untuk memudahkan blog anda diindeks oleh google. biarlah rahsia, nanti saya akan kongsikan pada masa akan datang.
jika anda ada sebarang masalah, sila gunakan bahagian komen.
terima kasih.